[ Try right-clicking the image and then the text link below ]

Text Link

Free JavaScripts provided
by The JavaScript Source




www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws     www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Glittery texts by bigoo.ws



Monday, February 05, 2007
iZiNkU pErGi...

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terbentang
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Abadi kasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah rinduku
Hilangkan diri mu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Kusemat jiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya

Maafkan daku
Duhai kasih
Izinkan ku pergi



Posted at Monday, February 05, 2007 by ChempakaAmna
Make a comment  

Monday, September 04, 2006
DaMai AbAdI....

aku suka dengan puisi ni...puisi yang penah dideklamasikan oleh PM kita satu ketika dulu...sekarang ni dibuek eh bermelodi...syahdu didengari


Posted at Monday, September 04, 2006 by ChempakaAmna
Make a comment  

Tuesday, August 15, 2006
wItH lOvE

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap manusia...ia laksana setitis embun yang turun dari langit...bersih dan suci...cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya...jika ia jatuh ke tanah yang tandus...tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela...tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur...disana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia hati, pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji...


Posted at Tuesday, August 15, 2006 by ChempakaAmna
Make a comment  

Friday, August 11, 2006
eRtI kAwAn...

"Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu"

BERKAWANLAH SELAGI ADA HATI
BERCINTALAH SELAGI ADA YANG SUDI
BERGEMBIRALAH SELAGI ADA TEMAN DISISI
INGATLAH KAWAN SELAGI IA BERERTI


Posted at Friday, August 11, 2006 by ChempakaAmna
Make a comment  

Thursday, August 10, 2006
SuKa AtAu CiNtA?

suka atau cintakah aku?..."perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga...jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga...tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama"...emm...tapi aku tetap sayang pada mu...


Posted at Thursday, August 10, 2006 by ChempakaAmna
Make a comment  

Monday, July 17, 2006
rInDuNyA...

lamo dah aku xupdate blog ni...rindu raso eh pado blog ni dah..hehhehe..ado orang bagi lagu untuk aku...lagu lamo...jadi aku masukkan la lirik eh kat cni...nak masukkan lagu eh blom dpt cari laie...kelakar lak raso eh kato2 dlm lirik ni..apolah sgt ado kat aku nie...kureng ado la...heheh..anyway thanks so much utk yg berikan lagu ni pada aku...aku amat hargai nye...

 

 

Wajah Kesayangan Hamba

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya

Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

 


Posted at Monday, July 17, 2006 by ChempakaAmna
Make a comment  

Friday, June 23, 2006
tAzKiRaH pAGi JuMaAt...

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
an-Naba': ayat 18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata..Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah
bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan
digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan
pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka
ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih :

"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati
jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."


BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi
Allah Yang Maha Pengasih :

"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan
kala jengking : 

"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
mulut mereka : 

"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

 
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT
menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di
Padang Mahsyar :

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut
diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan :

"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka...
 
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir
keluar nanah dan darah : 
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan
kaki ke atas : 
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata
biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh : 

"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang
tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan
penyakit sopak dan kusta : 

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi
mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut
mereka dan keluar beraneka kotoran :

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."
 
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan
purnama . Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara
dari sisi AllahYang Maha Pengasih memaklumkan :

"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka
menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika
meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih
sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."


Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap
dirimu sendiri.. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

Posted at Friday, June 23, 2006 by ChempakaAmna
Make a comment  

Thursday, June 22, 2006
LaGuKu UnTuK sEmUa...

aku nak try masuk kan link lagu ar...just testing je dulu ni ha..kalu bleh nanti bleh ar member2 download...hehehhe...for first lagu aku masuk kan la lagu ni...

You Sang To Me - Marc Anthony

I just wanted you to comfort me
When I called you late last night you see
I was falling into love
Yes i was crashing into love
Of all the words you sang to me
About "Life," "The Truth," and "Being Free"

Yeah you sang to me
Oh how you sang to me

Girl I live for how you make me feel
So I question all this being real
Cause I'm not afraid to love
For the first time I'm not afraid to love
This day seems made for you and me
And you show me what life needs to be

Yeah you sang to me
Oh you sang to me

All the while
You were in front of me
I never realized
I just can't believe
I didn't see it
In your eyes
I didn't see it
I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me

Just to think of u inside of me
I had no idea how this could be
Now I'm crazy for your love
Can't believe i'm crazy for your love

The words you said just sang to me
And you showed me where I wanna be
You sang to me
Oh you sang to me

All the while
You were in front of me
I never realized
I just can't believe
I didn't see it
In your eyes
I didn't see it
I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me

How I long
To hear you sing
Beneath the clear blue skies
And I promise you
This time I'll see it
In your eyes
I didn't see it
I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me


Posted at Thursday, June 22, 2006 by ChempakaAmna
Make a comment  

Friday, June 16, 2006
BiLa HaTiKu BeRBiCaRa...

Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm..kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih.....Ianya bererti.
Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke...tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.

Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. REntak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya.

Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.

"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-ubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.

Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu indah kembali

 


Posted at Friday, June 16, 2006 by ChempakaAmna
Make a comment  

Thursday, June 15, 2006
lEtIh Ar..

uwaaa....letih n ngantuk giler  arie ni...mano xeh...aku asyik tjago tgh malam tgk bola...hehehhe...hope my favourite team bleh msk final laie ar...taun nie aku sokong duo team ar...satu eh sure BRAZIL...n satu laie tuan umah ar...GERMANY...bleh la ek...

Celebrate The Day


Posted at Thursday, June 15, 2006 by ChempakaAmna
Make a comment  


Next Page

   


DiRi Ku
NAMAKU : CHEMPAKA AMNA
TEMPAT TINGGALKU : SOMBAN, NOGRI SOMBILAN
KERJAKU : makan gaji yo...
KEGEMARANKU : suko baco novel...making friends...
New Page 1

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


KaWaNkU
CINTA
LEEN
EDEN
FARAH


GaLeRiKu


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed